Sunday, January 26, 2020

Pengalaman Interview SPA - Perancang Bandar

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA GRED JA29 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 


Assalamualaikum hyeeeee semua, untuk blog kali ni, cik alin nak kongsi serba sedikit pengalaman ketika menghadiri temuduga SPA, time cik alin dapat iv SPA rasa nervous sgt dan perasaan tu tetap ada even pernah ada pengalaman interview, hahah takpa nervous tu perkara biasa maklumlah banyak benda nak kena buat preparation, tapi ingat nervous jgn sampai hilang semangat apa yang penting kena tetap confident hehe.

Kita akan taw kita dapat spa melalui laman web SPA dan akan dapat email dari SPA. So kalau apply SPA rajin-rajinlah lawat dekat laman yang berkaitan, kalau nak taw info berkaitan SPA juga, p dekat page FB, kat situ banyak info semasa berkaitan SPA heheh jgn malas2, ada taw yg malas check info boleh terlepas exam, interview, so rugilah terlepas peluang tu, sedangkan beribu-ribu manusia berebut nk dptkan jawatan SPA, siapa taknak keja kerajaan kan hahah tpi tu mentality org melayu kan, hanya nak kejar gov, eh eh hahah siapa cakap, actually kita tak memilih tapi mengapa nak tolak rezeki kalau dpt peluang tu kan hehe. Tak salah mencuba kan hehe.


Time ni cik alin tengah berdebar-debar menunggu no giliran akan berbunyi, hehe nampak macam sikit ja kan, haha sbb cik alin punya jawatan ni dipanggil 4 peringkat, so cik alin peringkat yang ke-4 hehe bestkan sapa yang kena awal-awal boleh lena hehe. Susunantu pun kena ikut no giliran



Ok dalam email nanti hampa akan dapat segala maklumat berkaitan temuduga

tingggggg - email SPA

Ini tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut: 

TARIKH/MASA
KOD
JAWATAN
TEMPAT TEMU DUGA
22/01/2020
10:00 pagi
205701
PENOLONG
PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA GRED JA29
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS 
BILIK GERAKAN 2, ARAS 3 
KOMPLEKS
DEWAN UNDANGAN NEGERI, PERSIARAN WAWASAN 
01000 KANGAR, PERLIS.

Ok sebelum interview, cik alin sediakan 2 fail untuk letak dokumen-dokumen penting. 


  • Fail pertama- lengkapkan semua sijil-sijil asal 
  • Fail kedua- lengkapkan salinan sijil-sijil yang telah di’photostat 


Haa hampa kalau nak mudah juga, kepilkan salinan wajib yang depa minta mengikut susunan yang depa maklumkan, sbb nnti sampai ja tmpt iv akan ada pihak SPA yang jaga bhg pendaftaran, time depa akan kluarkn dokumen-dokumen yang wajib, so baik hampa asingkan siap2 hehe mudah. 

Ini antara dokumen-dokumen penting yang perlu kita sertakan ketika menghadiri temuduga.

1. Resume bergambar;
2. MyKad dan Sijil Kelahiran 
3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);
4. SPM/ SPM(V) atau setaraf;
5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
6. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
7. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik. (jika berkenaan - bagi calon yang belum memperolehi skrol ijazah/ diploma);
8. Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik bagi calon yang memiliki Sarjana/ Doktor Falsafah;
9. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
10. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
11. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ Surat pengesahan penerima eKasih (jika berkenaan);
12. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
13. Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
14. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat ), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan
15. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja)

Selain itu, hampa kena buat juga mcm senarai dibawah. 


  • melengkapkan resume di pautan myResume

  • memuat naik sijil akademik SPM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan;

  • mencetak senarai semak temu duga seperti yang terdapat pada sistem myResume bagi temu duga untuk jawatan Gred 41 dan ke atas sahaja;

  • menyemak pengiktirafan akademik (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan melampirkan cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga; dan

  • berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.



5.   Kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi perkara 3 dan 4 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

6.   Keputusan temu duga boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA 

8.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

9.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.


Haa dah baca semuakan mengenai syarat-syarat yang dimaklumkan oleh pihak SPA, hampa jgn segan2 nak baca kalau boleh baca banyak kali supaya tak tertinggal apa yang yang dia nak, hehe membaca kan amalan mulia. 

Okayyyyyy lepas dah sediakan segala dokumen yang diwajibkan kita fokus untuk persediaan pakaian pulak.

Okay macam cik alin, serius cik alin just pakai baju kurung biasa ja haa bagi sopan gitu, barulah nampak perempuan melayu terakhir, hehe actually pemilihan pakaian adalah penting untuk kelihatan kita lebih yakin diri.

Untuk perempuan, cik alin galakkan pakai baju kurung yang sopan2 gitu , nak pakai jenis kurung apa pun tak jadi masalah tapi jangan ketat2 hehe kang terbeliak pulak mata interviewer dan tudung jangan terlalu berbelit-belit, semua tu bersebab hehe ada kisah2 disebalik tu semua hehe tapi bukan cik alin lah. Kasut cik alin prefer pakai yang bertutup hahah kalau taknak pakai bertutup pakailah kasut warna hitam dan pakai stoking hitam hehe. Kalau ada tumit sikit pun nice baru nmpk wow gitu hehe tak mengapa ikut citarasa taw

Untuk lelaki simple saja heheh baju kemeja dan seluar slack, pastikan nampak kemas actually warna apa pun tak jadi masalah hahah tpi biar nampak kemas dan hensem. Kasut bertutup dan warna gelap barulah macho, stoking jgn tak pakai plk, kang nmpk warna kulit kaki so tak nice lah, biar simple but smart.



Hehe actually cik alin takdalah share details sgt , but yg mana cik alin tahu cik alin share, hehe yang paling penting adalah semangat diri yang utama , bila kena semangat kita akan buat persediaan dengan serapiiinyaaaaa, hehe utk next blog Cik alin akan share macam mana situasi time dalam bilik interview 🤗 


heheh nanti cik alin akan share dekat hampa semua , apa yang interviewer tu tanyaaaaa, hehe mesti tertanya-tanya kan hehheeh jangan risau nanti cik alin share 

Sunday, April 14, 2019

Senyum dan katakan ia sebagai Nikmat



Senyum ☺️

Kesusahan yang sekarang mungkin menjadi kebahagiaan buat masa akan datang.
Bila kita fikir ujian itu sebagai nikmat dari Allah, pasti kita tersenyum.

Sukar untuk senyum tatkala hati tengah bersedih namun tidak mengapa untuk bersedih, kita insan kita hamba kita makhluk tuhan kita penghuni alam, tidak mengapa untuk bersedih, tiada kemampuan kita untuk elakkan semua itu.

Namun, kita perlu yakin, kesedihan bukan selama-lama melekat dihati, pernah terfikir ? Kemarin aku bersedih, namun hari ini aku tersenyum, Allahu nikmat apa lagi yang aku dustakan dikala nikmat sentiasa menerpa tapi dengan cubitan sedikit cuma aku berduka.

Wahai hati, kuatkan hatimu untuk tidak selalu mempersoalkan mengapa aku begini
dan berikan aku kekuatan.
Tanpa kekuatan dariMu aku lemah, tanpa ujian dariMu jua mungkin aku menjauh. Dengan itu dengan Rahmat dan Kasih SayangMu, berikan aku ketabahan untuk terus tersenyum ☺️

Pengalaman Interview SPA - Perancang Bandar

PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA GRED JA29 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS  Assalamualai...